Apa itu OD atau Overdraft facility

12 07 2009

Sumber:dari forum
OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ‘standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri Over Draft (OD) :-

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)

2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD.

4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-

Kadar faedah OD = BLR + 3
kalau BLR semasa ialah 12% maka
Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%

Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-

1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

Contoh:
1. Amount OD diluluskan – RM100,000
2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD dah guna – Nilai cagaran
= RM100,000 – RM90,000

Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.

Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun ‘standby’ kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.

Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.

Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.

Assalamualaikum semua…

Aku dok perati kat sini byk sgt orang dok offer loan….macam2 jenis loan dan ramai plak yg berminat. Ni menunjukkan ramai yg tak cukup duit kat sini.
Macamana pun, tu hak enko org kan….nak apply loan ke tidak, sendiri apply…sendiri bayar…kan…kan…kan!!!
Tujuan aku bukak thread nie bukan nak suruh or larang enko org apply loan, tapi aku nak bagitau enko org cara enko org nak menggunakan duit loan tu agar proses pembayaran balik nanti setidak2nya kurang membebankan…

Steps nya:

1) Dapat duit loan tu nanti, enko org belilah ASB (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya…hehheee)
2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni….jgn lupa bwk buku ASB)
3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB recommended coz %rate rendah) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa 2minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k…ada pahammm??)
4)Slepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat a)ATM card, b)DotCom Card <—utk internet banking-macam kat EMO duluuu, dan c)Cheque book
5) Dah dapat semua nie….pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org….by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil….walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt). Sbab OD interest ni cuma BLR + 0 ‘daily rest’ (yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh….nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)….so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg….
6) next stepp…nanti ahh, penat!!

aku buat menda2 ni dah lama….hasilnya at least 40% dari nett salary aku leh buat saving disamping utang2 rumah, kete, moto, creditcard….semua setel b4 gaji aku masuk lagi….semua duit poket aku pon….aku cucuk dari OD nie…pendek kata semua OD lah

ok…next time aku sambung, ada lagi step2 nya….nak kene tie ngan cara penggunaan creditcard jugak….

_________________

السنة حجة على جميع وليس عمل أحد حجة عليها

Top

Pinggan_besi Post subject: Re: Overdraf
Posted: 24/03/2008, 11:52

Pencuci Pinggan

Joined: 18/01/2006, 17:28
Posts: 1954
Blog: View Blog (21)
Okk….aku sambung steps seterusnya, sorry kalau bahasa tak brapa bagus, sebab skolah tak tinggi!

Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org masa nak ambik loan hari tu….terserah, sebab tu duit ko org!

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..) Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb (jika pakai cash) dan pada 27hb (jika pakai cek)….ada pahamm??

7) Selepas semua hutang2 bulanan tu dah setel, ko org kene masukkan pulak duit2 income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 1hb (utk meminimumkan interest charges).

Di antara tarikh 1hb sehingga 7hb (the best date pd 7hb… jgn tanya kenapa!), ko org mesti mengeluarkan at least 30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil). Sebenarnya untuk menentukan berapa byk saving yg ko org boleh buat setiap bulan memerlukan kaedah pengiraan yg agak komplek yg mana aku rasa susah nak cerita kat sini…nak tahu jugak detailsnya, ada pengerasnya dong!! Tapi ko org tak payah ler tahu…cukup dgn 30% tu .

9) Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;
a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM9K.
b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip – lepas tolak epf & incometax)
c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000
d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??
e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving. (actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)
f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)

Gunalah OD tu sampai ko org mampussss…

10) utk memaksimumkan lagi cara penggunaan OD ni, ko org MESTI guna credit card and the best cc in the market is BankIslam (aku pernah cakap kat thread cc bankislam ari tu..). Tapi aku dengar skrg ni, ct bank ada offer baguss punya cc…boleh cash withdraw without charges. Kalau bankislam….setiap rm1000 ko org wdraw kene cas rm12.

11) Cara penggunaan cc and OD sekaligus pulak (part 3)….aku sambungg minggu depannnnnnnnnnn

Pada sapa2 yg nak bertanya soklan….sila kemukakan, aku akan jawab, InsyaAllah selepas part 3…..chow

_________________

السنة حجة على جميع وليس عمل أحد حجة عليها

Top

Pinggan_besi Post subject: Re: Overdraf
Posted: 24/03/2008, 11:52

Pencuci Pinggan

Joined: 18/01/2006, 17:28
Posts: 1954
Blog: View Blog (21)
soalan lagii…..??? tengah boring & rajin nie!
semua dah clear ke? kalau dah clear, next week pegi carik duit dan start…!!
kalau ko org tak buat….aku tak tahu nak cakap apa lahh, mungkin ko org bodo sombong ah kott…..hehehheee, sorry!!
sebenarnya ada cara utk ko org tentukan brapa jumlah OD yg ko org perlukan utk memaksimakan step2 yg aku bagi tuu…

Brapa gross income ko org….rm1000?…2000…3000….ko org kali kan dgn 6
eg: gross income = 1000 (ok tak art, aku buat contoh kecik je ning..)
so, rm1000 x 6 = rm6,000 (sifir 1 je ning….tak kan tak tahu kott…)
then ko org kene kira brapa jumlah hutang2 ‘bodo sombong’ ko org (hutang lapukk) terutamanya hutang CREDIT CARD, let say RM7,000.
so, jumlah OD yg ko org perlukan adalah sebanyak RM6,000 + RM7,000 = RM13,000.
Bila dah ada duit nie (rm13K) ko org buat ah OD, dan slepas dpt OD tu (lepas 2 minggu apply) perkara pertama yg ko org kene buat ialah setelkan semua hutang CCard tu (ini wajibbbbbbbb). Bayar semuaa, jgn tinggalkan sesen pon baki. Ptong CC tu buang tong sampah…then apply CC Bank Islam (sbab ko org kena pakai CC jugak nanti…aku akan explain kat part3….tak abis lagi karang. Susah oo nak wat ayat nak suruh ko org senang pahamm….). Selepas ko org dah buang CC lama tu dan CC bankIslam dah dapat, jgn ulang tabiat lama….boleh pakai CC tapi kena pakai dgn jumlah yg SAMA TIAP2 BULAN (JANGAN LEBIH DAN JANGAN KURANG…) dan semua bil CC serta bil2 yg lain di setelkan pada due date…no more hutang bodoh sombong!!
Cara nak tentukan jumlah CC yg ko org kene pakai…tunggu part 3….!!

chow!

_________________

السنة حجة على جميع وليس عمل أحد حجة عليها

Top

Pinggan_besi Post subject: Re: Overdraf
Posted: 24/03/2008, 11:53

Pencuci Pinggan

Joined: 18/01/2006, 17:28
Posts: 1954
Blog: View Blog (21)
ok…Part 3

sebelum ko org nak mula part 3 ni….ko org MUSTI/MESTI/MUST?WAJIB paham/setelkan dulu part1 and 2…

Part3 ni ko org kene ada creditcard BANKISLAM(cash wdraw RM1000 kena charge RM12 sahaja) or CTBank(yg ofer baru utk cash withdraw free of charge…cek ah ngan ctbank, bukan datoK bank).

Utk tentukan brapa jumlah penggunaan cc ko org…kena buat kira2 sikit. 1st sekali ko org kene list kan jumlah perbelanjaaan bulanan dengan SETEPAT2nya utk perkara2 di bwh:

1) Utilities bill (api, air, TMnet, Handpone, telpon umah, gas, astro, dan sebagai2 nya)
2) Minyak kete, moto, kapal selam
3) Belanja dapur/maintenance rumah/plumbing (kene shoping kat giant, tesco…coz nak pakai cc)
4) Pakaian, kasut, kosmetik, condom….
5) Apa2 lagi yg boleh pakai cc ahh…sendiri mau ingat

INGAT: Perkaras 1 – 5 kat atas tu adalah perbelanjaan seisi keluarga…bukan perbelanjaan ko sorang (utk yg dah kawin ahh…yg belum kawin, termasuk sponser awexss ahh…mampuss ah ko org!!)

Tentukan jumlahnya —> eg: RM1200 per month

Bila ko dah sure jumlah penggunaan cc ko org, ko org cek plak cc statement. Kat statement tu akan ada 2 date yg penting, a) STATEMENT DATE, b) DUE DATE.
Gap antara 2 date nie selama 20 hari….ko org cek betul2….jgn caya bulat2 cakap aku….hahahhahahhahhaahaha

kita sambung selepas pesanan penajaaa…….hahahhhahahahahaaa

Refer balik kat part3 tadi…(ni contoh jee..)
Jumlah penggunaan cc ko org = RM1200
Statemen Date = 4hb, so… Due Date = 24hb (gap = 20 hari)

Ni PENTINGGGGG…paham betul2

Ko org hanya boleh pakai cc START dari 5hb sehingga 24hb SAHAJA tiap2 bulan, iaitu selama 19hari sebulan….hari selain pada tu JANGAN PAKAI, kalau pakai jugak….sendiri tanggunggg!!

Pakai lah cc tu sebanyak RM1200 tiap2 bulan (selama 19 hari tu), jgn pakai lebihh…dan jgn pakai kurang. Tak yah tanya kenapa…buat je, nanti ko org tahu sendiri nanti….aku tak kuasa nak bagitau…!!
Kalau ko org pakai tak sampai RM1200 (nilai nie ikut kiraan budget masing2 kat part3 mula2 tadi…), please withdraw cash dari cc dan masukkan ke dlm acc OD.
Contoh:
Dari 5hb sampai 24hb tu ko org cuma pakai RM800 saja…so cashkan RM400 dari cc dan bank-in ke dlm acc OD. Jgn lah pulak membazir pakai cc just utk cukupkan amount RM1200 tu….pakai apa yg ada dlm budget bulanan je. Kalau nak kena belanja apa yg tak de dlm budget cc…withdraw duit cash dari OD or issue cheque (misalnya, nak beli TV baru….1st skali tengok ah kemampuan sendiri, kalau rasa mampu beli TV 100″, ko org beli ahh, kalau tak beli je yg 14″…perbelanjaan mcm nie, pakai OD!!..sbab benda2 mcm ni bukan ko org beli tiap2 bulan…..ada pahammm??)

Okk…skrg ko org dah pakai cc RM1200 dari 5hb ke 24hb…..katakan gaji ko org masuk 30hb, so pada 1hb ko org masukan semua gaji tu ke dlm OD (masa ni, bil + hutang2 dah setel) tapi cc statement utk bulan sebelum tu ko org belum terima lagi…kan? So ko org tak yah bayar lagiii…..tunggu punya tunggu, sampai pulak pada 5hb bulan seterusnya…pakai lagi cc sampai 24hb sebanyak RM1200 lagi (total dah pakai RM2400 nie..kan?).

INGAT…24hb bulan yg kedua tu adalah due date cc ko org…..so, plzzzzzz lah bayor sebanyak RM1200 (bayaran utk bulan sebelumnya) kat bankislam or ctbankkkkkkkk. So, ko org dah pakai RM2400, tapi just bayar RM1200 saja dulu….begitulah seterusnyaaaa…

Subtitle: Camna pulak utk perbelanjaan harian, beli rokok, tehtarik, duit poket etc??

Tunggulah sampai aku rajin….
terlupa nak bagitau….

Withdraw cash dari cc tu pada 24hb sahaja….hari lain, TIDAK DIBENARKAN. Masukkan duit tu ke acc OD pada hari dan waktu yg sama dgn ko org masukkan duit gaji bulanan ke OD…kumpul skali, jadik mcm site income ahh nieee….Duit2 dari internet nie…ko org nak masukkan ke acc OD pon bolehh….kalau masukkan ke acc aku pon…..lagiii lahhh bolehh

Subtitle: Camna pulak utk perbelanjaan harian, beli rokok, tehtarik, duit poket etc??

Pengiraan ni (dan yg sebelumnya pun) ko org kena kira utk seisi keluarga…kay!

Utk tentukan brapa jumlah cash yg ko org boleh withdraw dari OD…kena buat kira2 sikit. 1st sekali ko org kene list kan jumlah perbelanjaaan bulanan dengan utk perkara2 di bwh. Sebab sebelum ni ko org tak pernah catat perbelanjaan ko org, so aku rasa ko org kena agak2 sebaik mungkin.

1) Wang Saku (termasuk wang saku utk wife, esp kalau wife kerja)
Belanja harian…breakfast, lunch, rokok, dinner, topup hp, kedaimamak, gula2 etc
2) Perbelanjaan Pembelajaran
yuran anak2 skolah, buku2, majalah, newspaper
3) Servis kereta/motor/beskal/bot
Ambik average….sebulan brape, takkan tiap2 bulan tukar enjin kott??? Utk insuran tahunan dan roadtax…tak payah kira…sampai masa, blasah duit OD!
4) Peralatan computer/gadget
Ko org agak2 sendiri ah, apa yg termasuk dlm nie….
5) Derma/Sumbangan/Jariah
Sendiri mau ingat….esp musim2 cuti skolah nie, byk org kawinn
6) Perbelanjaan gigi dan mata…
Normally opis tak cover benda2 nie….sapa yg pakai lens tu, sila masukkan dlm budget nie.
7) Perubatan
Kalau ofis dah cover…tak yah masuk
Toll yg tidak membebankan rakyat!!! wakakakakkaakkakkakaaaaa
tahun depan naik lagiii…..cinabeng punya samy

So apa lagi….sendiri piker ahh….malas aku nak tolong2 sgt ko org nie, nanti naik muakkk!!

Estimated cost yg di atas tu adalah jumlah perbelanjaan harian ko org yg mana ko org boleh withdraw dari OD (bila dapat OD nanti, ko org akan dapat ATM kad skali….cucukkkk je, tapi nak cucuk nie biar pandaiii..tak kira ah cucuk apaa pun)

Sebelum ko org start benda nie…ko org kene pergi kedai runcit dulu….sebab apa?? Sebabbbb, ko org kene beli BUKU 3 LIMA…..hahhahahaahhahaaaaa

Ini seriusss…betul2 seriusss….dan memang seriusss. Ko org kene pakai buku 3lima. Page pertama atas sekali ko org kene catat budget utk let say wang saku. Katakan budget bulanan wang saku ko org RM500….so, segala perbelanjaan under ketogori wang saku utk bulan tu…ko catat kat bwh tu. By end of the month….ko akan tahu brape ko pakai wang saku enko…..kalau ada lebih, masuk savingggggg, jgn tinggal dlm OD.

Ko org boleh withdraw cash dari OD at ANY TIME, tak de pantang2, Cuma try to make sure, within budget, kalau skali2 lebih sikit ti kira okk ahh, tapi jgn selalu…pandai2 ahhh. Semua dah besar apa…dah bersunatt pon!!

Same goes to budget2 yg lain….kalau boleh buat kat page lain ahh, supaya senang nak monitor!!!

Kat sini lah ko org kene berdisiplin….dgn cara ini aku ngajar ko org jadik KEDEKUTTTT….kalau o follow, otometik ko org akan jadi kedekut, sbab ko org nak improve ko org punya saving….betul takk???

Segala lebihan duit cash yg ko org cucuk…sila BELI ASB bersama fixed monthly saving ko org pada 1hb hingga 7hb (cek tulisan aku sebelum ni…aku ada kabor)….tanya lagi…sahhh ko org makan semuttt.

Lepas 3-4 bulan….ko org akan dapat good estimate brape banyak duit cash yg ko org perlukan….so, maintain this budget.

Aku rasa….sampai tahap nie ko org ibarat dah dapat diploma….ko org dah boleh manage duit2 ko org dengan lebih baik disamping menyetel segala hutang2 bulanan with unexpected monthly saving….syaratnya 2 je iaitu DISIPLIN dan FOLLOW betul2….insyaAllah

Kita rancangg….suksess ke fail, bukan aku yg tentukan! Nak ikut…silakan, tak nak….lantak ko orgg!!

Part 4 and 5 : Advance Stage – brief sikit….penggunaan cc 1 hari selepas due date…..buka pakai tapi cashkan duit semaksimum mungkin dan masukkan kedlm OD….dgn kaedah nie, ko org boleh buat full settlement utk segala hutang2 except hutang rumahh ler…..lagi power dan lagi peningg….tapi insyaAllah!!

Ada soklan….tanya, jangan malu2…nak jumpa, aku tak layann!!

_________________

السنة حجة على جميع وليس عمل أحد حجة عليها

Top

Pinggan_besi Post subject: Re: Overdraf
Posted: 24/03/2008, 11:53

Pencuci Pinggan

Joined: 18/01/2006, 17:28
Posts: 1954
Blog: View Blog (21)
Di bawah ini den sertakan penulisan member kita di nogold yg telah di edit dgn jwpan c-foo awang, semoga dpt memberi pencerahan

1. Mohon OD facility against sijil ASB.
- Optimum amount: (Gross Income x 6) + Hutang kad kredit (RM3k)
> Lepas dpt OD…setelkan dulu semua hutang cc…buang cc lama n pakai cc bankislam (mastercard) n ctbank (visa) – option: balance transfer dr cc lama ke mastercard bank islam atau visa ctbank)

2. Bank-in nett income ke dlm akaun OD
- Semua income yg kita dapat… full time & part time
- Masuk setiap 1hb tiap2 bulan
- Cth RM1.5k

3. Withdraw ~30% drp nett income td drp akaun OD
- Cth RM450

4. Bank-in jumlah step ke-3 tu masuk ASB (Melalui buku ASB)
- Masukkan tetap pada setiap 30hb tiap2 bulan

5. Perbelanjaan bulanan yg guna kad kredit
- Segala budget yg kita biasa bayar pakai cc
- cth bill utilities, barang dapur, petrol, insuran…
- Mesti belanja within tarikh statement date (SD) dgn due date (DD)
- cth SD 10 hb, DD 30 hb (pakai cc dr 11hb hingga 30hb – 19 hari shj drpd contoh ni)
- cth budget RM1.5k

6. Cara nak bayar balik belanja guna kad kredit
- Jgn bayar dulu utk bulan semasa.
- Bayar pd bulan depan utk penggunaan bulan semasa.
- Mesti bayar tepat pd tarikh DD
- Kalau guna kurang, buat cash advance baki
- Masukkan dlm akaun OD (sama hari dgn bank-in nett income)
> bayar cc plak…next month pada 30hb, make sure tak lambat. Kalau 30hb tu hari ahad, plsbayar pada hari jumaat sebelumnya. Lebihan belanja cc…betul, masukkan balik kat OD

7. Perbelanjaan harian yg guna cash
- Semua perbelanjaan harian kita.
- W/draw dr akaun OD pd bila2 masa
- Cth duit makan, rokok, servis kereta, tol, paper, pasar malam…
- Catat semua perbelanjaan guna buku 3-5
- Cth RM800
- Kalau guna kurang drpd yg dah keluar
- Masukkan dlm akaun ASB (sama hari dgn bank-in 30% nett income)

Follow balik step 1 tadi… duplicate setiap bulan.

_________________

السنة حجة على جميع وليس عمل أحد حجة عليها

Top

ZulBM Post subject: Re: Overdraf
Posted: 24/09/2008, 14:53

Newbies

Joined: 24/09/2008, 13:18
Posts: 64
Location: Putrajaya
Country:
Age: 44 Good infos….tapi byk dah berbeza penggunaan OD dulu dan sekarang…kena berhati2 sbb bukan semudah yang di cerita. Baru2 ni dah ada OD Islamik yang di tawarkan oleh Maybank tapi ratenya tak menentu ikut promosi….

Kad kredit pun tak perlu guna lagi dah…buat straight process itu yg terbaik….

Penggiraan 6 x gaji + hutang tak apply to semua orang…..kena tengok keadaan seseorang tu….

CIMB Bank pun sekarang sekarang ni offer rate yg terbaik….BLR – 1% but only 90% ajer yg dapat sementara RHB masih sama….

Wang proses pun tak berubah daripada RM 50 ke RM 150 sbb PNB dah naikkan caj dia…..

Daripada OD kita boleh stimulate byk perkara utk keperluan semasa seperti takaful, cukai, zakat, wasiat, pelaburan (wealth creation) dll.

Just my 2 cents…..

About these ads

Actions

Information

3 responses

11 07 2011
Anonymous

salam, saya nak tanya kalau first steps dapat duit loan tu melalui apa personal loan @ asb loan yg biasa ditawarkan oleh maybank@RHB? saya kurang mengerti yg lainnya telah habis saya baca….

25 07 2013
jimmy

salam,boleh jelaskan tentang od melalui cagaran hartanah untuk sya memulakan projek pemaju perumahan.?

7 12 2014
asrul hazani

assalam…saya ada sebidang tanah pertanian..8 relong…bagaimanakah caranya utk memohon OD…dan dengan bank mana….?

sekian.terima kasih

asrul168@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: