Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan

26 07 2009

Sumber:ibymaz.blogspot.com
Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan (Bahagian 1)
Permohonan
1. Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap.
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan.
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun.
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib.

2. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA.
Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :-
(i) Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-

(a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima.

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-

1 X Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600

(b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.

(ii)Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )

(iii)Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.

(iv) Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun

(v) Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.

(vi) Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.

(vii)Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.

(viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.

(ix) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

3. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH

i Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.

ii Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.

iii. Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.

iv Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

v Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.

vi. Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.

vii. Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.

viii. Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).

ix. Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.

x. Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.

xi. Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.

xii. Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.

xiii. Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

xiv. Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.

xv. Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.

xvi. Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP

xvii. Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.

Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan (Bahagian 2)
SENARAI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN

A. UBAHSUAI BAHAGIAN DALAMAN

1. Ubahsuai ruang tamu
- kabinet bawah tangga
- memecah dan mengganti lantai
- mengganti pintu /tingkap
- memasang plaster siling berbunga

2. Ubahsuai/tambahan bilik air
- memecah dan mengganti lantai/dinding
- shower
- tangki air
- bath tub
- mangkuk tandas
- pintu bilik air
- memasang pintu PVC
- singki air
- cermin muka
- penyangkut tuala
- bekas sabun

3. Ubahsuai /tambahan bilik tidur
- pasang siap almari bilik tidur
- memecah dinding dan mengubah kedudukan bilik tidur
- menambah loteng bilik
- mengganti pintu/tingkap

4. Ubahsuai dapur
- mengganti lantai/dinding
- kabinet pasang siap
- mengganti pintu/tingkap

5. Ubahsuai tangga

6. Membina tembuk /arch over antara ruang makan dan dapur

B. TAMBAHAN BANGUNAN

1. Membina bahagian hadapan rumah

2. Membina bahagian dapur

3. Membina garaj kereta (car porch)

4. Pembinaan pagar tembuk termasuk pasang siap tong sampah, loceng rumah dan peti surat

5. Retaining wall sahaja

C. PELBAGAI

1. Pemasangan paip air

2. Pemasangan sesaluran air

3. Pembentungan/sistem peparitan

4. Tambak/tambun tanah

5. Land scape termasuk menanam rumput

6. Pendawaian semula semua peralatan elektrik termasuk pemasangan punca, kebal, pembumian,
alat pencegah/pengujian kilat khas dan alat pencegah keselamatan ( alarm system)

7. Mengilatkan lantai (grinding)

8. Mengecat keseluruhan rumah

9. Kertas dinding (wall-paper)

10. Meroboh bangunan

11. Pembersihan/pembuangan sisa-sisa bangunan

12. Bagi Anggota Pentadbiran, ‘Guard House’ boleh dipertimbangkan jika layak

SENARAI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

1. Accessories
- alat penghawa dingin
- bekas/alas alat penghawa dingin ( tray for aircond)
- tampal dinding (plastering) selepas pemasangan alat penghawa dingin
- kipas angin
- lampu-lampu
- television
- peti sejuk
- komputer
- water heater
- solar dan pemasangan
- astro
- karpet (permaidani)
- dapur gas
- alat penyedut asap
- alat penyedut habuk
- alat perabut mudah alih seperti kerusi-meja, almari, katil dan sebagainya
- arial dan amplifier
- telefon
- menara tangki air di luar rumah
- bidai (langsir)

2. Soil Treatment

- Anti termite ( kerja-kerja mencegah dan menghapus anai-anai dan serangga )

3. Preliminaries

- menjamin keselamatan bangunan
- menjamin keselamatan pekerja-pekerja
- penyediaan pelan bangunan
- kos guaman
- penyeliaan pekerja

4. Kos Juru Perunding (Consultancy fees)

- penyeliaan dan penyelarasan kerja-kerja ubahsuai

Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan (Bahagian 3)
4. Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan

5. Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.


Actions

Information

One response

30 03 2013
sharul

Salam.. sy seorng guru yg baru disahkan jawatan. Sy nak tny sedikit mengenai pinjaman kerajaan. Sy sudahpn membuat pinjaman peribadi sebanyak 75k bagi tujuan perniagaan. Sekarang ni masih blhkah sy membuat pinjaman perumahan pinjaman kerajaan??? Sy masih lahi tertanya2 jika kesan dari pinjaman peribadi ini sy tidak dapat melakukan pinjaman perumahan kerajaan. Sy mintk nasihat daripada tuan jika tidak menyusahkan.. terima kasih saya dahulukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: