Perkara-perkara penting sebelum jual rumah

11 07 2009

Sumber:emasdantanah.wordpress.com/2009/05/21/perkara-perkara-penting-sebelum-jual-rumah/
Jual rumah.. Mungkin ada yg xbiasa berada dlm situasi ni.. Selalunya kita biasa jd pembeli je.. Saya pun sama..Sebelum kita jual..kita kenalah check

1. Baki loan,etc pada bank- kita boleh dptkan statement dari bank dipanggil redemption sum. Statement ni akan bg seluruh baki loan + 3% penalty dan apa2 berkaitan. Tempoh penyediaan..bergantung pd bank..dlm kes saya,2 minggu dan kena bayar RM50 sbg cas penyediaan.Tak semua bank kena cas ni, hari tu sy ada terjumpa dlm blog Keown*. Statement ni ada expiry date,jd kita kena settlekan urusan jualan dlm tempoh tu. Satu yg sy xberapa suka, redemption sum ni one-liner,x itemized. Klu ada siapa yg pernah dpt itemized, sila share di sini ye.

2. Apa2 tunggakan – api, air, segala cukai2..kenalah kita settlekan dulu

3. Market price – ni penting utk tahu anda letak harga yg bpatutan dgn market..tinggi sgt,maybe org xbeli, rendah sgt,oppurtunity loss..boleh chk dgn bank/valuer utk ni.tp tgk juga apa approach anda menjual,letak tinggi2 tp boleh tawar..atau letak harga patut tp xboleh tawar atau tawar sket2 je..tpulang pd anda..lagi satu.. Capital appreciation rumah berbeza2 mengikut lokasi dan jenis..ada yg x naik2 setelah byk tahun..dan ada yg naik 50k dlm 6 bulan je..ada yg naik beberapa ratus ribu..dlm masa kurang dari sepuluh tahun..

4. Yuran lawyer dan agent – yuran lawyer penjual xbyk berbanding pembeli.. Boleh chk dgn deorg.. Yuran agent 2%-3% dari harga jualan.. Hati2 bila guna agent.. Sbb xsemua jujur..

5. Lock-in period.. selalunya bila kita buat loan.. ada minima tahun kita kena hold loan tu.. kalau jual rumah sebelum tu.. akan kena penalti 3%.**

Kalau ada tambahan jgn malu2 tambah di sini..

p/s: alhamdulillah Isnin semalam baru dpt rumah di VL.. Jv dgn sifi peruzz..

[*Pembetulan: Link untuk charges bank adalah ke blog Keown.. bukan Wan Keepitreal.. Sori ye Keown dan Wan.. Blog Wan di sini.]

[**Tambahan: Terima kasih pada Kak Ani atas tambahan ni.. Sila ikuti perbincangan dari Kak Ani pasal agent/penipuan dalam komen di bawah ni.. best!]

Komen Kak Ani:
Utk makluman semua, caj agent tak sampai 3%.
mengikut Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 (Act 242)kadar komisyen seseorang agent adalah seperti berikut:
– 2.75% untuk nilai RM 500,000 pertama
– 2% untuk nilai selepas RM 500,000

cuma kebiasaan agent akan caj 2% disebabkan persaingan dan tradisi.

macamana nk detect agent tipu?
ok, Agent di sini adalah merangkumi real estate negotiator.
nak detect, mula2 minta no lesen agent tu. setiap agent akan ada nombor lesen bermual dgn huruf E contoh: E1234. No ni dipanggil E number. Kalau real estate negotiator, mereka akan guna E number agent yg lantik mereka. kalau takde E number ni, confirm bukan agent yg berdaftar. elakkan! kalau kita buat aduan ke Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia, mereka boleh didenda RM25,000 atau penjara atau kedua2nya.

Kedua, biasanya agent akan dibayar oleh pihak yg upah agent tu. maksudnya, kalau kita nak jual rumah dan kita yg hire agent atau negotiator, kita yg bayar agent tu. bukan pembeli. Then agent akan iklankan rumah kita. Bila ada pembeli, kita akan bayar komisyen agent sbb kita yg jual.
Tapi kalau kita call agent minta carikan rumah utk dijual / disewa kepada kita di certain kawasan yg kita nak, agent akan cari rumah utk kita. Then bila dah close deal jual beli rumah tu, kita sbg pembeli yg akan bayar, sbb kita yang upah.
Agent TIDAK BOLEH menerima bayaran dari kedua2 belah pihak, ini jelas di dalam akta yg saya sebutkan di atas td. So, kalau kita cuma nak beli rumah yg diuruskan oleh agent dan bukan kita yg mula2 upah dia, kita tak perlu bayar dia sbb dia dibayar oleh penjual. Bila dia minta duit, ha.. penipuan cuba dilakukan.

Ketiga, senario yg berlaku kat saya. Vendor dah tetapkan harga jual, let say rm100K. kita pun tgk rumah tu. then, seperti biasa, kita akan cuba nego utk turunkan harga. So, kata lah saya minta kurg 90K. then agent tu kata, “saya boleh dptkan harga 90K utk u tp u kena bayar cahs kt saya rm5k. jimat 10 kan.. so kita kongsi dua la diskaun tu..” Hampeh! Ini mmg unethical sbb dah kira mcm rasuah lak.
Yang lagi dasyat, agent tu pulak call vendor, bgtau yg saya dtg dengan agent saya sendiri. So, vendor tu kena bayar double comission for 2 agents. Kelakar tak? Agent ni cuba makan duit pd dua2 belah pihak.
Kejadian mcm ni mmg nampak sgt kelentong nya. Dan jgn harap la saya dan vendor akan terkena penipuan mcm ni..

Keempat yg saya nk highlight, cuba elakkan guna lawyer yg agent insist. Ada sesetengah kes, agent tu berkeras nak guna lawyer dier utk pembeli rumah tu. Ini utk elakkan penipuan, penyelewengan, ketidakcekapan ataupun pakatan antara agent, peguam atau penjual. Manusia ni bukan semuanya telus. So, better kita guna lawyer yg kita dah biasa deal dan kita percaya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: