Pelaburan amanah saham, satu renungan-Pakdi

29 08 2009

Sumber:www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=258
Mendengar konsultan saham amanah bercerita mengenai amanah saham memang mengasyikkan.

1. diversify
2. long term investment
3. safer than stock / low risk
4. dollar cost averaging

dan seterusnya.

Namun, mendapatkan untung dalam saham amanah bukan semudah yang disangka. Saya sendiri masih stuck dalam beberapa fund akibat kekurangan pengetahuan sewaktu mula-mula terlibat dalam industri amanah saham ini, dan dalam keadaan market sekarang, saya masih tak dapat keluarkan duit dengan keuntungan.

Justeru, sebelum anda membeli sesuatu amanah saham, sila pastikan:

1. anda mendapat konsultan/ejen yang berpengalaman, 3 tahun++ (sudah mengalami turun naik dan susah payah mendapatkan untung untuk pelabur)
2. Timing. Dollar Cost Averaging hanya sesuai digunakan sekiranya dana yang anda beli sedang meningkat naik harganya. Bukan semakin jatuh harga, semakin banyak anda beli. Apabila anda bersetuju melabur serendah RM50 sebulan pun, tidak bermakna anda perlu membeli sesuatu dana itu setiap bulan. Ada masanya anda perlu tidak membelinya langsung. Sekali lagi, konsultan perlu membantu anda dan pengetahuan anda mengenai pelaburan dapat mengelakkan anda dari ditipu.
3. Consistency. Pastikan dana yang anda beli itu memberikan pulangan tahunan yang konsisten. Paling sikit, 15%.

Kenapa?

a. Fees. Tahun pertama, anda akan kehilangan dalam 8% akibat fees and costs yang dikenakan. Tahun seterusnya, sekitar 1-2%.
b. Inflasi. Andaikan 4% inflasi, dicampur dengan 8% management fees dan cost, anda sudah rugi kira-kira 12% sebaik sahaja anda melabur dalam amanah saham.

4. Paling tidak, pastikan pelaburan anda berada dalam dana (index fund) yang boleh menyamai atau track prestasi Indeks Bursa Malaysia. Sekiranya tidak mampu menyamai prestasi index, duit anda dalam bahaya, keluarkan jelah duit tu, dan letak dalam Fixed Depost, sekurang-kurangnya anda tidak rugi.

Ingat duit yang anda laburkan adalah duit anda. DUIT ANDA! DUIT ANDA! bukan duit konsultan anda. dan bukan juga duit company amanah saham. Carilah konsultan yang benar-benar ingin membantu anda, dan bukannya konsultan yang hanya mahukan anda melabur tetapi sebenarnya hanya inginkan komisen yang tinggi.

Konsultan boleh dapat 3% setiap kali anda mula membeli sesuatu dana.

Kalau konsultan dapat 3%, syarikat dapat baki x%, setelah diberi kepada konsultan, inflasi dah makan dalam 4-5%, takkanlah anda mahu dapat 1% sahaja?

Adakah itu yang anda mahukan?
Sebenarnya, bukan amanah saham itu sendiri yang menjadi masalah. Tetapi kekurangan pengetahuan yang menyebabkan kerugian.

Pengajaran yang saya dapat:

1. Sebelum melabur, kena ada ilmu. Selamat saya bermula dari amanah saham, sekurang-kurangnya kerugian saya kecil berbanding terus melabur dalam pasaran saham.
2. Dengan mula melabur di amanah saham, akhirnya saya mendapat pengetahuan demi pengetahuan yang berguna kerana dapat belajar dari kesilapan.
3. Konsultan kena luas ilmunya. Barulah duit pelaburan yang kita gunakan jadi lebih selamat. Semoga konsultan yang sedia ada dapat terus menambah ilmu pengetahuan mereka agar terus dapat membantu klien.
4. Dari sudut pulangan, adalah penting untuk mendapat pulangan yang konsisten. Walaupun ASB hanya beri pulangan sekitar 8-10%, tetapi ia konsisten. Bagi saya, ia adalah lebih baik dari dana yang tidak memberikan pulangan yang konsisten. Sekejap untung, sekejap rugi.

Contoh dana lain, adalah pelaburan Bank Rakyat. 15% setahun yang diberi Bank Rakyat adalah pulangan yang baik. Tetapi malangnya ia sudah ditutup sehingga hari ini. Semoga ada banyak dana yang mampu berikan pulangan yang konsisten sebegitu kerana kita melabur dalam amanah saham, adalah untuk mendapatkan keuntungan dan bukan kerugian

Dalam kes saya, saya membeli dana amanah yang beri high return pada tahun pertama, tetapi rugi pada tahun kedua dan pulangan yang rendah pada tahun berikutnya.
5. Kena pandai beza sales pitch dan facts. Antara yang selalu dibentangkan adalah, kita buat regular savings RM 200, initial investment RM1000, dan andaikan satu dana tu beri pulangan 10% setahun, kita akan ada:

Tahun pertama: RM 3,608.11
Tahun kelima: RM 16,922.76
Tahun ke-10: RM 42,566.51
Tahun ke-20: RM 150,379.39
Tahun ke-30: RM 430,018.27

Memang seronok. Lebih-lebih lagi kita diberitahu juga total investment kita hanya sekitar RM 73 000 dan selebihnya pulangan pelaburan. Sedangkan hakikatnya, pulangan sebegitu hanya boleh dicapai dengan dana yang berikan pulangan konsisten 10% setiap tahun. Dan tidak semua dana yang ditawarkan mampu berikan consisten return sebegitu.

Yang penting, ilmu pelaburan mesti ditambah dari masa ke masa. Dengan adanya ilmu, melabur di mana sahaja pun, risiko kerugian boleh dikurangkan baik melabur di mana sekalipun.

Ini pengalaman saya. Mungkin ada orang ada pengalaman yang berbeza 8) dan saya tidak menyesal melabur di amanah saham walaupun kerugian, kerana kesilapan membuat keputusan yang betul ini membolehkan saya belajar sesuatu untuk dibaiki di masa hadapan.
__________________


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: