Hartanah apa yang anda mampu?

15 09 2009

Sumber:www.drumah.com/hartanah-apa-yang-anda-mampu/618.html
Hartanah apa yang anda mampu?

Bina pendapatan
Langkah 1 – Mengira pendapatan bulanan anda

Ketika petugas pinjaman memberi pra-kelayakkan dia bekerja secara pusingan kebelakang untuk mencari jumlah kredit maksimum anda. Jadi mari kita telusuri cara dan kaedah pegawai-pegawai ini bekerja.

Diakhir artikel ini anda juga boleh melakukan hal yang sama. Baik!…. Langkah pertama adalah untuk menentukan pendapatan bulanan anda. Hal ini tidak lah semudah apa yang kita dengar… tetapi berbaloi untuk di praktiskan. Seperkara yang perlu kita fahami… “Institusi perbankan” hanya menghitung pendapatan pelanggan-pelanggan mereka dengan bukti-bukti sah melalui dokumen yang sah.

Jika anda seorang pekerja bergaji, dan tidak memperolehi bonus, permohonan jenis ini memang mudah untuk ditentukan kelayakkannya. Cari jumlah pendapatan sebulan. Jika anda dibayar dua kali sebulan, kalikan dengan dua. Jika anda dibayar setiap dua minggu, maka anda kalikan dengan 26 (jumlah tempoh pendapatan dalam satu tahun) dan dibahagi dengan dua belas. Kecuali anda seorang guru.Guru tidak semestinya bekerja sepanjang tahun dan pihak bank mempunyai peraturan khusus bagi profesion ini.

Manakala, Jika anda seorang pekerja yang bekerja tetap empat puluh jam seminggu dan tidak memperoleh pendapatan sampingan (overtime), maka ia juga memudahkan. Lihat gaji anda, kalikan tarif per jam anda dengan 40, kalikan jumlah itu dengan 52, kemudian bahagi dengan dua belas.

Jika anda adalah seseorang yang mempunyai pendapatan sampingan (overtime), bonus, atau komisen – perolehan pendapatan cara ini agak sukar untuk mendapat kelulusan. Pemberi pinjaman tidak memberikan kredit atas apa yang sedang anda lakukan. Jadi sebagai satu langkah untuk mengurangkan risiko semasa pra-melayakkan individu atau pemohon, rata-rata pegawai bank berpendapat mereka perlu menilai kelayakkan dari seluruh pendapatan dari sumber-sumber sah pada tempoh dua tahun terakhir.

Setelah memperolehi jumlah tertentu, masukkan nilai itu didalam gaji rutin, pendapatan bulanan atau gaji mengikut jam pada mana-mana yang sesuai. Jika anda inginkan satu jalan pintas yang efektif, keluarkan borang EA dua tahun terakhir anda. Dan pendapatan ini akan dibahagi dengan dua puluh empat (bersamaan tempoh 2 tahun). Nah! Itulah pendapatan bulanan anda.

Bagaimana pula mengira pendapatan bagi guru, jururawat, pekerja bermusim, dan pendapatan sampingan anda? Ketahuinya dengan mengikuti sambungan artikel Langkah 2 – Mengira pendapatan bulanan anda esok.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: